BEKAS Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mempersoalkan pendirian parti itu yang mahu membalas budi DAP menjelang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.
Dia yang dipecat daripada Umno tahun lalu berkata, tindakan tersebut adalah memalukan serta mencalarkan imej dan digniti mereka.
"Nasib baiklah saya bukan lagi pengerusi negeri kerana saya tidak akan pernah mengibarkan bendera DAP. Apakah sumbangan mereka buat Umno sehingga presiden parti perlu membalas jasa mereka? Saya kasihankan Umno Selangor," katanya.
Noh berkata demikian ketika ceramah Perikatan Nasional pada Selasa sebagai respons kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
BACA LAGI: 'Raya-raya juga', Ahmad Zahid pesan titip doa buat rakyat Palestin
Zahid (tengah) mahu membalas jasa DAP yang dibuat kepada Umno. — Facebook/Ahmad Zahid Hamidi
BACA LAGI: Peguam Negara diberi tempoh hingga 9 September tetapkan representasi kes rasuah Zahid Hamidi
Zahid sebelum ini dilaporkan mahu membalas jasa Pakatan Harapan dalam PRK kali ini setelah membantu mereka membangunkan kerajaan persekutuan.
Pilihan raya di Kuala Kubu Bharu bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon Bebas.
Kerusi itu sebelum ini dikosongkan selepas penyandangnya, Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat barah pada Mac lalu.
Hari undian akan diadakan pada 11 Mei sementara pengundian awal akan dibuat pada 7 Mei ini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram