MB Selangor persoal status kelayakan akademik calon PRK KKB PN


  • Politik
  • Isnin, 29 Apr 2024

Amirudin mempersoal kredibiliti kelulusan akademik Khairul Azhari. — Agensi

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempersoal status kelayakan akademik yang dimiliki oleh calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) dari Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu berpendapat setiap pemimpin harus jujur dan tidak menyorok perkara sebenar daripada pengetahuan rakyat.

Perkara ini berlaku selepas berlaku pertikaian mengenai status kelayakan akademik yang dimiliki oleh Azhari hinggakan calon PN tersebut tidak mahu memberikan komen apabila perkara itu ditanyakan oleh pihak media kepadanya.

"Dia boleh kata yang dia memang ada sijil berbanding kata 'tiada komen'," ujar Amirudin.

BACA LAGI: Khairul Azhari jawab pertikaian tunjuk bukti miliki Sarjana Eksekutif dari UMPSA

439598632_974440324037125_2754447183588062951_n-e1714070434572

Khairul Azhari menjadi taruhan Perikatan Nasional di PRK Kuala Kubu Bharu. — Agensi

BACA LAGI: 'Boring', telaga tiub bukan jalan jangka masa panjang selesai masalah air — AWER

Amirudin turut berkata, perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terhadap sijil akademik Khairul turut menjadi persoalan serta isu hangat dalam kalangan ramai.

Persoalan dari Amirudin itu kemudiannya dijawab semula oleh Khairul dengan calon PN itu membuktikan yang kelayakan akademiknya adalah asli dan tidak tipu.

Dia disahkan mempunyai kelulusan Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, Dr Ahmad Johari Mohamad mengesahkan Khairul menjalani program pembelajarannya di sana dan telah bergraduasi pada 2021.

Sebagai perbandingan, calon PH, Pang Sock Tao mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (Kepujian) dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertarungan empat penjuru melibatkan calon daripada PH, PN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) serta seorang calon bebas. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram