SJK bukan seperti pertubuhan haram, hak ibu bapa pilih aliran pendidikan — Nik Nazmi


  • Politik
  • Rabu, 01 Mei 2024

Nik Nazmi (gambar) mencabar Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mempersoalkan pemimpin PN yang menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa tidak menggunakan silibus dan peperiksaan kebangsaan.

KERAJAAN Persekutuan sentiasa komited dalam memperkasakan sekolah kebangsaan (SK), namun pilihan aliran pendidikan untuk anak merupakan hak ibu bapa, kata Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke sekolah jenis kebangsaan (SJK), termasuk di Kelantan.

Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.

“Adakah Fadhli percaya pelajar lepasan SJK tidak boleh menjadi wakil rakyat? Belajar di SJK bukanlah seperti menyertai pertubuhan haram kerana SJK diiktiraf oleh Perlembagaan dan mengambil peperiksaan kebangsaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Bayi perempuan maut dipercayai didera, ibu diburu polis Johor

WhatsApp Image 2024-05-01 at 09.10.46

Pang Sock Tao 'menayangkan' keputusan cemerlang diperolehinya dalam UPSR dan SPM. Facebook/XiaoTao

BACA LAGI: Tiada peruntukan tahanan rumah bawah perundangan negara? Pakar minta Menteri KDN beri had kuasa dimiliki

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, daripada mengecam SJK, lebih baik Fadhli bertanya anak-anak pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang bersekolah di sekolah antarabangsa yang tidak menggunakan silibus dan peperiksaan kebangsaan.

Pang, 31, yang dipertaruhkan mewakili kerajaan perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), masing-masing dalam semua mata pelajaran.

Keputusan akademik itu dikongsikan Pang melalui Facebook pada Selasa bagi menjawab cabaran Fadhli.

Pada PRK 11 Mei ini, Pang berdepan tiga pencabar, iaitu Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu akibat kanser. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram