TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Malaysia agar tidak melupakan penderitaan penduduk Palestin dan terus mendoakan mereka dalam keriangan menyambut Aidilfitri.
"Dalam menyambut kemenangan kita dalam kegembiraan, mari kita titipkan doa buat saudara kita di Palestin.
"Semoga ALLAH SWT sentiasa melindungi mereka dan kurniakan mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini," katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
BACA LAGI: Bomba terpaksa potong pembahagi jalan, lelaki maut tersepit motor terbabas
Ahmad Zahid yang meninggal pesanan itu kepada seluruh rakyat Malaysia.
BACA LAGI: Polis pun jadi mangsa, geng 'sunat laser' dikecam main bunga api macam benak ubi
Ahmad sekali gus meminta rakyat memanfaatkan Aidilfitri sebagai platform untuk mengukuhkan perpaduan serta membentuk kebersamaan tanpa mengira agama dan kaum.
"Sudah semestinya amalan kunjung-mengunjung, bermaaf-maafan dan mendoakan antara satu sama lain serta merapatkan ukhuwah menjadi agenda utama setiap kali tibanya Aidilfitri.
"Inilah juga masanya untuk kita mengekalkan semangat perpaduan sesama kita," katanya.
Beliau turut menasihati mereka yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung atau memulakan perjalanan bagi menziarahi sanak saudara atau sahabat pada musim perayaan ini, supaya sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan menjaga keselamatan diri.
Pada Rabu, seluruh umat Islam meraikan hari kegembiraan bersama insan tersayang di kampung halaman masing-masing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram