[VIDEO] 'Awak dari Ampang, tahu apa di Hulu Selangor?', Sock Tao gugup kena soal pengundi PRK KKB


  • Politik
  • Selasa, 30 Apr 2024

Tangkap layar video memaparkan Sock Tao yang sedang berkempen di kawasan PRK KKB baru-baru ini.

MENJELANG Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB pada 11 Mei ini, pelbagai kontroversi mewarnai proses kempen yang menyaksikan calon semakin rancak bergerak bersama jentera masing-masing.

Meskipun bergerak secara sihat, tidak dinafikan pasti ada yang kurang enak menjadi rencah dalam kempen PRK KKB kali ini.

Antara calon yang terkait ialah pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mewakili DAP iaitu Pang Sock Tao.

Sebelum ini, Sock Tao dikatakan menjadi pertikaian penduduk setempat kerana bertanding sebagai calon luar kawasan tersebut.

BACA LAGI: PH umum pegawai Nga Kor Ming sebagai calon PRK KKB

2660601

Pang Sock Tao merupakan calon PH yang bertanding di PRK KKB.

Ramai yang menganggap bahawa calon itu tidak mempunyai keupayaan setanding calon yang berasal dari kawasan bertanding.

Namun, apa yang lebih menguatkan spekulasi tersebut apabila tularnya sebuah video memaparkan kelakuan Sock Tao yang dilihat teragak-agak ketika disoal seorang penduduk tempatan.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan menyoal calon berkenaan beberapa soalan berhubung isu semasa yang berlaku di Hulu Selangor.

Soalan tersebut diajukan berikutan profil Sock Tao yang berasal dari Ampang tetapi tidak bertanding di kawasan terbabit.

"Awak dari Ampang, jadi apa yang kamu tahu tentang pergerakan di Hulu Selangor?

"Apa usaha yang awak ada untuk mendapat (keyakinan) penduduk di sini?," soalnya.

BACA LAGI: Tiada pertukaran kerusi, calon PRK KKB dari parti penyandang — Tok Mat

2660610 (1)

Sock Tao (kanan) berusia 31 tahun.

Sock Tao kemudiannya menjawab bahawa akan cuba untuk membangunkan infrastruktur yang lebih baik seperti pasar harian dan sistem perparitan.

Jawapan itu bagaimanapun dilihat seolah-olah tidak mampu memberikan keyakinan utuh kerana dilihat seakan-akan gugup dan gementar menangkis soalan 'cepumas' itu.

Namun, bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini menegaskan, biarpun Sock Tao bukan anak tempatan, beliau sangat dekat dengan Kuala Kubu Bharu kerana pernah bersama gerak kerja bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, mendiang Lee Kee Hiong.

Beberapa calon lain yang bertanding di PRK KKB juga kini giat berkempen dan menyampaikan manifesto-manifesto mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram