[VIDEO] Wanita tua mabuk rempuh majlis hari jadi, 2 beradik maut


  • Benua
  • Ahad, 21 Apr 2024

Kenderaan polis dan ambulans dikejarkan ke The Swan Boat Club selepas dua beradik maut dilanggar wanita mabuk pada Sabtu. — Agensi

SEBUAH kereta dipercayai dipandu oleh wanita dalam keadaan mabuk telah melanggar sebuah parti hari jadi yang diadakan di Amerika Syarikat pada Sabtu.

Dalam kejadian yang berlaku sebuah rumah kelab iaitu The Swan Boat Club di Michigan, wanita berusia 66 tahun dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika memandu kenderaannya jenis sports utility vehicle (SUV).

Kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang waktu tempatan menyaksikan kenderaan tersebut melanggar bahagian luar bangunan rumah kelab tersebut dalam keadaan laju lalu melayang setinggi 25 kaki.

Ekoran kejadian itu, pemandu tersebut telah mencederakan atau membunuh sekurang-kurangnya 15 orang mangsa. Dua daripada yang terbunuh adalah kanak-kanak berusia lima dan lapan tahun yang merupakan adik-beradik.

BACA LAGI: 'Pandang kiri kanan', Adam Adli tegur hantaran Akmal Saleh singgung PM

BACA LAGI: 'Hadi anak baik', ibu sayu pangku jasad anak 2 tahun lemas dalam tasik Masjid UTP ketika tunggu solat zuhur

Sembilan daripada mangsa yang terdiri daripada tiga kanak-kanak dan enam dewasa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang boleh membawa maut.

Dilaporkan yang sejumlah besar helikopter dan van ambulans dikejarkan ke tempat kejadian untuk

Wanita yang juga suspek telah ditangkap oleh pihak polis diatas kesalahan membawa kenderaan dalam keadaan tidak waras hingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Dareah Monroe, Troy Goodnough mengatakan suspek mungkin akan dikenakan pendakwaan tambahan untuk membawanya ke muka pengadilan.

Goodnough menambah bahawa pemandu wanita itu dipercayai berada di sebuah bar berhampiran sebelum nahas, dan pegawai itu berkata bar itu akan ditutup dan merancang untuk mendapatkan waran bagi mengeledah tempat tersebut sebagai sebahagian daripada siasatan mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram