'Jerat paku' di Rawang, pelari alami kecederan minta kaki joging berhati-hati


  • Massa
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Seorang pelari mengalami kecederaan ketika berlari apabila terdapat seseorang yang tidak bertanggungjawab menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.

PARA penggemar aktiviti larian di Rawang, Selangor diingatkan supaya berhati-hati jika ternampak paku selepas seorang pelari mengalami kecederaan ketika berolahraga pada pagi Sabtu.

Menerusi satu hantaran di Facebook @Malaysia Runners, mangsa yang tidak mendedahkan namanya berkongsi pengalaman pahit ketika menjalani aktiviti larian sejauh 10 kilometer (km).

“Saya terpijak paku dan terjatuh kerana perbuatan jahat orang.

“Saya sedih bukan kerana saya cedera tetapi kerana tidak dapat menamatkan larian.

"Ada orang yang menyusun paku di tepi jalan. Saya tertanya-tanya apa yang ada dalam fikiran dan hatinya apabila mereka meletakkan paku ini di atas jalan," katanya.

BACA LAGI: Mateen Inteam terpaku lihat orang Mesir dengar al-Quran sambil berdiri dalam pengangkutan awam

Lelaki itu berkongsi gambar tumit dan tapak tangannya yang berlumuran darah sambil menunjukkan gambar paku yang ditanam dengan bahagian tajam di kedudukan atas.

Lelaki itu turut memuat naik satu salinan laporan polis yang dibuat di balai polis Rawang.

Laporan polis menyatakan bahawa kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi Sabtu ketika lelaki itu yang juga seorang kontraktor, sedang berjoging di Persiaran Anggun di Rawang.

Dalam laporan itu, dia mendakwa terpijak paku yang mengakibatkan dirinya terjatuh dan mengalami kecederaan pada tumit selain tapak tangan.

“Saya mengesyaki orang yang menanam paku itu berniat jahat.

“Paku itu ditanam di kedua-dua belah jalan.

“Saya membuat laporan ini untuk tindakan dan tujuan rujukan,” tulisnya dalam laporan berkenaan.

BACA LAGI: Lengan kiri Zaki Yamani pernah berparut gara-gara terbakar main bunga api

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berharap supaya pelakunya akan ditangkap dan dihukum selepas posting itu menjadi tular.

Seorang pengguna di Facebook, Felicia Ramzi berkata, situasi itu berbahaya dan berharap akan ada tindakan pantas.

"Bagaimana jika ada kanak-kanak kecil, atau orang menunggang motosikal di sana," katanya dengan prihatin.

"Harap ada rakaman CCTV yang boleh membantu menangkap mereka yang terlibat," tulis Afif Shah Abdullah

"Seseorang itu perlu berhati-hati kerana tayar saya juga sering pancit," tulis Chee Guan Lo.

"Benda ini boleh menyebabkan kecederaan teruk jika seseorang terjatuh dan mencederakan mata mereka," tulis Ng SE.The Star/ N. TISHA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram