PIHAK Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melakukan siasatan terhadap sebuah rakaman tular mengenai lima individu mengalami keracunan makanan.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong mengatakan pihaknya mengambil maklum isu tersebut yang menjadi tular akibat tersebarnya sebuah video pada Isnin.
Dalam sebuah video yang tular di Facebook, seorang lelaki mengatakan isteri dan anaknya mengalami keracunan makanan selepas memakan kuih yang dibeli di sebuah pasar di Marang pada Ahad.
BACA LAGI: Wanita sarat mengandung terduduk tahan sakit kejar peragut di Shah Alam
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong. — Agensi
"JKNT ada mengesan video yang tular mengenai kes keracunan makanan, tetapi siasatan secara menyeluruh sedang dilakukan.
"Berdasarkan maklumat awal, ada lima mangsa dengan empat daripadanya dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut," kata Kasemani.
Menurut pemuat naik video tersebut, isteri serta anaknya mengalami cirit-birit, mulut berbuih serta muntah-muntah dan terpaksa dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di hospital. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram