PEMILIK kedai emas di Kuala Kangsar, Perak memohon bantuan orang ramai menjejaki dua individu disyaki terlibat dalam kes kecurian pada Jumaat lepas.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Kedai Emas Seri Ayu pada Isnin, dua individu tersebut melibatkan seorang lelaki dan perempuan warga tempatan.
Dalam video kamera litar tertutup (CCTV), wanita tersebut mencuba beberapa gelang emas seolah-olah mahu membelinya.
BACA LAGI: Kes bunuh Kapar: Polis tahan 2 lelaki tempatan bantu siasatan, kenal pasti saksi baharu
Dua individu yang disyaki mencuri beberapa gelang emas di kedai terbabit. — Facebook
BACA LAGI: Peniaga mati tertiarap, CCTV rakam 4 lelaki bersenjatakan parang dan pistol taser pecah masuk rumah
Namun, dia dilihat sempat menyembunyikan gelang emas yang dicubanya itu di bawah tudung sebelum menyerahkannya kepada lelaki terbabit secara perlahan.
Tindakan licik itu bagaimanapun tidak disedari orang awam mahupun pekerja kedai ketika kejadian.
Melalui hantaran sama, pemilik kedai meminta kerjasama orang ramai dengan menawarkan ganjaran sekiranya kedua-dua individu tersebut dapat ditemui.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikongsikan serta belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram