[VIDEO] Letupan bom dan tembakan berhampiran Golok, kejutkan penduduk Rantau Panjang waktu subuh


  • Massa
  • Isnin, 29 Apr 2024

Penduduk di Rantau Panjang mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Kelantan awal pagi Isnin.

PENDUDUK Rantau Panjang, Kelantan mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand awal pagi Isnin.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Imi, 45, dilaporkan berkata, selain letupan, dia mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.

"Kejadian itu berlaku sekitar pukul 1.30 pagi. Waktu itu, saya dan keluarga sedang tidur sebelum dikejutkan dengan insiden berkenaan," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, bunyi letupan itu turut didengari sejauh lima kilometer dari kawasan pekan Rantau Panjang.

Imi berkata, selepas letupan itu beberapa pangkalan haram yang di terdapat di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu.

BACA LAGI: [VIDEO] Tidak harus hukum renjis kereta elak musibah, jelas Jabatan Mufti Selangor

BACA LAGI: Menyusu bayi 'direct' atau botol, ibu kena fahami dulu fitrah anak

Terdahulu, tular klip video berkait insiden berkenaan selepas ia dimuat naik oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial Facebook.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dilaporkan berkata, selatan Thailand masih dianggap selamat untuk dikunjungi rakyat Malaysia walaupun beberapa insiden pengeboman berlaku.

Ini kerana, kebanyakan kejadian berlaku di kawasan luar bandar dan bukannya di lokasi yang kerap dikunjungi orang ramai.

Bagaimanapun kata Ahmad Fahmi, walaupun rakyat Malaysia selamat bercuti di tiga daerah selatan Thailand, mereka digesa supaya berhati-hati.

"Jangan pergi ke lokasi terpencil dan jika boleh, pergi secara berkumpulan," kata Ahmad Fahmi. — TheStar/LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram