SUASANA membeli-belah bertukar kecoh apabila berlakunya pertengkaran antara dua pelancong wanita dan seorang peniaga buah-buahan di Jalan Hang Buom dan Hang Duong, Hoan Kiem, Hanoi, Vietnam pada Ahad.
Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, kejadian berlaku berpunca daripada tindakan peniaga tersebut yang didakwa mengenakan harga terlalu mahal untuk tiga biji nanas.
Mereka berdua dikenakan bayaran sebanyak RM94 (VND500,000) untuk jumlah buah yang dibeli itu.
BACA LAGI : 6,000 bakal jemaah haji terima insentif RM500 — MB Selangor
She was charged 500k VND for 3 pieces of mango pic.twitter.com/wTIS8byxWy
— @ (@anthraxxx781) April 29, 2024
BACA LAGI : Lebih 300 bekas pekerja Utusan peroleh sinar, Mahkamah Persekutuan lulus permohonan perbicaraan rayuan
Tidak sanggup melihat pergaduhan itu terus berpanjangan, seorang pengunjung lelaki yang berada di lokasi itu dilihat bertindak memastikan kembali kepada peniaga terbabit tentang harga sebenar.
Peniaga tersebut kemudiannya menyatakan bahawa harga untuk tiga biji nanas itu sebenarnya adalah RM9.40 (VND50,000) sahaja.
Lelaki berkenaan juga meminta agar penjual memulangkan kembali RM94 kepada dua pelancong itu.
Namun, situasi tegang itu masih berlanjutan ketika sesi memulangkan wang sebelum kedua-dua wanita tersebut beredar.
Pada masa sama, mereka dilihat meninggalkan lokasi itu tanpa mengambil tiga biji nanas yang dibelinya itu.
Susulan itu, pihak berkuasa daerah Hoan Kiem, Hanoi dilaporkan sedang menyiasat kejadian tular itu.
Ia selepas insiden tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai.
Ketua Jawatankuasa Rakyat Daerah Hoan Kiem berkata, pihak berkuasa tempatan segera mengarahkan pihak polis untuk menyiasat kejadian itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram