Rayuan isu pagar palang ditolak Mahkamah Persekutuan: Datuk Bandar MBPJ enggan komen


  • Primer
  • Isnin, 22 Apr 2024

Wakil Parkville RA sebelum ini memfailkan semakan kehakiman bagi pihak persatuan itu, bertujuan untuk mengisytiharkan haknya untuk menghendaki penduduk tidak membayar atau ahli bukan persatuan bagi mengendalikan laluan masuk secara sendiri tanpa bantuan pengawal keselamatan. — Gambar hiasan

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) enggan mengulas lanjut berhubung penolakan rayuan yang ditolak Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Persatuan Penduduk (RA) Parkville pengendalian sendiri palang perumahan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkembangan kes tersebut.

"Berkenaan itu tiada komen, bukan tak mahu kongsi tetapi memang kami tiada lagi maklumat setakat ini," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Karnival Kitar Semula bersama Komuniti Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

BACA LAGI: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan MBPJ isu persatuan penduduk kenakan syarat berkait palang pagar

photo_6138408680564046348_y

Mohamad Zahri yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

BACA LAGI: Suspek tembak KLIA akui masih sayangkan Farah Cie

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan pada 18 April menolak rayuan MBPJ bagi membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Persatuan Penduduk (RA) Parkville untuk menghendaki penduduk bukan ahli yang tidak membayar yuran, mengendalikan sendiri penghalang laluan masuk kawasan perumahan, tanpa bantuan pengawal keselamatan.

Seorang daripada peguam yang mewakili RA dilaporkan berkata, rayuan MBPJ ditolak panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Menerusi keputusan yang dibuat secara dalam talian itu, mahkamah juga memerintahkan MBPJ membayar kos sebanyak RM100,000.

Selain itu, mahkamah juga dilaporkan memutuskan penafian MBPJ terhadap RA untuk menguatkuasakan syarat memerlukan ahli yang tidak membayar untuk mengendalikan sendiri laluan masuk sebagai menyalahi undang-undang.

Ia susulan penolakan MBPJ pada 30 Mac 2021 berhubung permohonan RA mendapatkan kebenaran berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Shah Alam bagaimanapun menolak semakan kehakiman itu, menyimpulkan bahawa keputusan MBPJ untuk tidak membenarkan RA mengenakan syarat itu adalah sah, rasional dan munasabah pada Julai 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram