SEORANG pesara tentera ditemui meninggal dunia dalam semak di Kampung Lembaga, Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa Wan Yusof Wan Jaafar, 48, dipercayai terbabas ke dalam semak ketika mengayuh basikal bersendirian.
Menurutnya, mayat mangsa dijumpai pada 2.30 petang dalam keadaan terbaring berhampiran basikalnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Dua hari tak pulang rumah, rupanya maut terbabas dalam semak akibat mengantuk di Kota Tinggi
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar beriadah dengan mengayuh basikal seorang diri kira-kira pukul 8 pagi.
"Mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah pada waktu kebiasaan dan isteri mangsa gagal menghubunginya.
"Isteri mangsa kemudian meminta bantuan daripada rakan-rakan mangsa untuk mencarinya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Choon Foo memaklumkan, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan.
"Hasil proses bedah siasat sebab kematian mangsa ialah 'Coronary Artery Disease'.
"Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah ditemukan terhadap kematian mangsa," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram