INSIDEN tragis pernah menggemparkan seluruh warga Brazil apabila seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika perhimpunan politik pada Julai 2016.
Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika mangsa tanpa didedahkan identitinya bertindak memanjat tiang elektrik untuk menarik perhatian orang ramai dalam perhimpunan politik di Aracaju, Sergipe.
Ia juga berlaku sebelum ucapan bekas Presiden Brazil, Dilma Rousseff yang ketika itu digantung tugas dan sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah.
BACA LAGI: 'Ybae Suria Masuk Kampung' gegarkan Pulau Pinang, Johor dan Klang Ramadan ini
Dalam perhimpunan itu, Dilma mendakwa dirinya tidak bersalah dan menuduh bahawa pihak lawannya berkempen untuk menyingkirkannya daripada terus berkuasa dalam politik.
Pada masa sama, di sebalik ucapan itu, mangsa yang memakai seluar pendek mengalih perhatian orang awam dengan insiden malang yang menimpanya.
Kejadian yang sempat dirakam dan tular di media sosial itu memaparkan mangsa bersemangat memanjat tiang sambil mengibarkan bendera sebelum terkena renjatan.
Mangsa juga kelihatan mengendahkan amaran orang ramai tentang tindakan berbahayanya itu dan terus memanjat tiang hingga sampai ke bahagian kabel elektrik.
Percikan api yang secara tiba-tiba meletus ketika mangsa memanjat tiang elektrik tersebut.
Beberapa saat kemudian, terdapat percikan api ketika mangsa menyentuh wayar berkenaan sehingga menyebabkan kebakaran dan letupan besar di lokasi kejadian.
Mangsa juga dilihat terjatuh ke bawah sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran, namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan akibat cedera parah.
Media antarabangsa menyebut bahawa mangsa merupakan seorang pengemis berusia antara 20 hingga 25 tahun.
Dia dilaporkan meninggal akibat serangan jantung selain mengalami kecederaan di kepala. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram