GUNUNG berapi Ruang di Indonesia meletus lagi pada Selasa, mengalirkan abu dan lahar, selepas letusan pada awal April menyebabkan ratusan penduduk berpindah termasuk penutupan lapangan terbang.
Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu menaikkan tahap amaran kepada paras tertinggi berikutan letusan itu.
Pihak berkenaan menerusi laman webnya turut menggesa penduduk agar tidak mendekati gunung berapi tersebut buat masa ini.
Pulau Ruang yang terletak di wilayah Sulawesi Utara menempatkan lebih 800 penduduk, namun kebanyakannya dipindahkan susulan letusan gunung berapi itu pada awal bulan ini.
BACA LAGI: Letusan Gunung Ruang: 19 penerbangan AirAsia kembali beroperasi
Gunung ruang meletus lagi pagi ini jam 09.00 #gunungruang #mountainruangindonesia pic.twitter.com/CmBYRdvepa
— saselahrajalonts (@IcalNurba51757) April 30, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Letusan Gunung Ruang: Jemaah umrah, rombongan kahwin antara ratusan terkandas di Sabah
Bagaimanapun, jumlah penduduk yang berpindah pada Selasa masih belum dapat dipastikan.
Rakaman di media sosial pada Selasa menunjukkan lava mengalir keluar daripada gunung berapi berkenaan, yang terletak kira-kira 100 kilometer (km) dari ibu kota wilayah Manado.
Pihak berkuasa pengangkutan menutup lapangan terbang di ibu kota wilayah Manado, selepas berlakunya letusan pada April bertujuan melindungi daripada 'hujan abu' akibat letusan.
Dalam masa sama, batu dan abu yang jatuh telah memusnahkan rumah kebanyakan penduduk sehingga memaksa hospital berdekatan turut dipindahkan.
Pihak berkuasa menurunkan status ke tahap tiga pada minggu lalu sebelum menaikkannya semula ke tahap empat pada Selasa. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram