IsDB mampu kecilkan jurang ketidaksamaan umat Islam — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 29 Apr 2024

Anwar yakin IsDB boleh membantu umat Islam di seluruh dunia. — Agensi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kewujudan Bank Pembangunan Islam (IsDB) dapat mengurangkan jurang ketidaksamaan serta marginalisasi dalam kalangan umat Islam.

Berucap di Riyadh, Arab Saudi dalam Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF), Anwar mengatakan IsDB dapat membantu mengurangkan kemisikinan yang masih membelenggu majoriti umat Islam di seluruh dunia.

"Umat Islam masih merupakan kumpulan terbesar dari segi jumlah kawasan yang dilanda kemiskinan yang diabaikan. Saya fikir, selain daripada usaha oleh kebanyakan kerajaan dan badan antarabangsa kita, IsDB mempunyai peranan penting untuk menangani isu ini.

"Malah, apabila kita melihat harapan untuk penyelesaian yang baik terhadap konflik di Gaza selepas berhadapan kekejaman oleh rejim Israel," kata Anwar.

BACA LAGI: Nahas helikopter TLDM: Presiden Erdogan kongsi rasa berduka bersama keluarga mangsa, rakyat Malaysia

438818545_1011776140303953_3596998414805322740_n

Anwar mengetuai delegasi Malaysia di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. — Facebook/Anwar Ibrahim

BACA LAGI: [VIDEO] Pusat jagaan tular pukul warga emas di Kulim tidak berdaftar — Nancy Shukri

Tambah Anwar, dia sendiri kagum dengan usaha IsDB yang kini berusia 50 tahun terutamanya menerusi kepimpinan muda dalam entiti tersebut.

Menurutnya, dengan barisan kepimpinan muda, IsDB boleh pergi jauh dengan melangkaui batasan sebagai sebuah insitusi kewangan. Malah, Malaysia turut menzahirkan sokongan mereka terhadap entiti tersebut.

"Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa anda akan menjadi pemain utama untuk melangkaui fokus lazim Bank Pembangunan Islam, tetapi maju ke hadapan untuk menangani isu-isu penting mengenai teknologi baharu.

"Keperluan untuk keterangkuman dan semangat untuk membantu orang ramai, terutamanya mereka yang dipinggirkan, melalui pendidikan, latihan, peluang ekonomi, pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan," kata beliau.

Sebagai rekod, Malaysia merupakan sebahagian daripada IsDB sejak 12 Ogos 1974 dengan mempunyai langganan modal sebanyak 1.55 peratus bernilai ID868.18 juta (dinar Islam).

IsDB membiayai 166 projek di Malaysia yang bernilai $963.2 juta (RM4.6 bilion) dengan 160 projek telah pun siap sepenuhnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram