SEKURANG-KURANGNYA lima individu terbunuh manakala 33 cedera selepas puting beliung melanda bandar Guangzhou, China, lapor media kerajaan Republik itu.
Pihak berkuasa memaklumkan, sebanyak 141 bangunan kilang rosak namun tiada rumah yang runtuh selepas kejadian yang melanda ibu kota Wilayah Guangdong, di selatan negara itu, pukul 3 petang Sabtu.
Guangdong yang menempatkan kira-kira 127 juta penduduk merupakan wilayah paling ramai penghuni di China dan menempatkan beribu-ribu kilang yang menguasai sektor eksport negara.
Menurut agensi rasmi Xinhua, sebuah stesen cuaca di Kampung Liangtian, Daerah Baiyun, kira-kira 1.7 batu dari tempat puting beliung melanda, mencatatkan tiupan angin maksimum 20.6 meter sesaat, lapor Xinhua.
Massive tornado hits Guangzhou with at least 5 people reportedly killed and more than 30 injured
Follow us on Telegram: https://t.co/gtQwYY5WSl pic.twitter.com/1loFDnCUQ1
— RT (@RT_com) April 28, 2024
Awal minggu ini, media kerajaan melaporkan hujan lebat dan banjir yang melanda Guangdong mengorbankan sekurang-kurangnya empat nyawa.
Menurut media kerajaan, ia adalah banjir terburuk yang pernah dilihat beberapa bahagian wilayah itu sejak 1950-an.
Puting beliung bukanlah sesuatu yang luar biasa di China, pada September, 10 orang terbunuh selepas puting beliung melanda Suqian, Wilayah Jiangsu, di timur negara itu.
Pada 2021, dua puting beliung melanda negara itu dalam sehari, membunuh 12 mangsa, termasuk lapan di Wuhan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram