Letupan bom di Sungai Golok sah tidak libatkan penduduk Malaysia — Polis


  • 112
  • Isnin, 29 Apr 2024

Penduduk di Rantau Panjang mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Kelantan awal pagi Isnin.

POLIS mengesahkan kejadian letupan bom yang kedengaran di kawasan Gualosira, Daerah Pasemas di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand awal pagi Isnin tidak melibatkan mana-mana penduduk Malaysia terutama di daerah sempadan Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, letupan dan tembakan hanya berlaku di antara suspek dan anggota keselamatan Thailand berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

"Saya telah mengarahkan Polis Daerah Pasir Mas yang berhampiran sempadan untuk turut menyiasat kejadian ini.

"Pada masa sama, Polis Kelantan juga meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan khususnya di sekitar kawasan Kampung Tersang dan Jeram Perdah, Pasir Mas susulan kejadian itu," katanya.

BACA LAGI : Letupan bom dan tembakan berhampiran Golok, kejutkan penduduk Rantau Panjang waktu subuh

BACA LAGI : [VIDEO] Tidak harus hukum renjis kereta elak musibah, jelas Jabatan Mufti Selango

Muhamad Zaki berkata, kawalan keselamatan sempadan di Pasir Mas yang dipasang dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) segera dipergiatkan.

Beliau berkata, polis Kelantan juga bersedia membantu pasukan keselamatan Thailand jika diperlukan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis mengetatkan kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand susulan letupan bom dan tembakan di Sungai Golok itu.

Dalam kejadian sama, seramai empat anggota keselamatan Thailand dilaporkan cedera.

Terdahulu, kejadian tersebut menggemparkan penduduk Rantau Panjang, Kelantan selepas mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.

Menurutnya penduduk berhampiran kawasan terbabit, bunyi letupan itu turut didengari sejauh lima kilometer dari kawasan pekan Rantau Panjang.

Beberapa pangkalan haram yang di terdapat di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang juga ditutup buat sementara waktu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram