Bekas pemain ragbi Kedah meninggal dunia, kena serangan jantung ketika beraksi bersama pasukan pilihan MB


  • Massa
  • Isnin, 29 Apr 2024

Ahmad Zainol dilaporkan rebah ketika perlawanan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Kedah pada Ahad. — Facebook/RagbiOnline

BEKAS pemain ragbi pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah meninggal dunia selepas terkena serangan jantung ketika beraksi dalam perlawanan pertunjukan bersama pasukan pilihan Menteri Besar (MB) pada petang Ahad.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Ragbi Online, pemain terbabit, Ahmad Zainol Osman dilaporkan rebah ketika perlawanan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Kedah.

BACA LAGI: SPRM siasat dakwaan pemimpin negeri beri kontrak kepada syarikat anak

BACA LAGI: SPRM, PDRM siasat laporan 4 'supercar' terkait skandal 1MDB dirampas di Jerman

"Salam al-Fatihah buat Ahmad Zainol Osman yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Arwah mengalami serangan jantung ketika menyertai perlawanan pertunjukan antara pasukan pilihan Menteri Besar dan pilihan AOR sempena kejohanan ragbi Pra-SUKMA AOR di Stadium Suka Menanti, Kedah.

“Pasukan perubatan pertandingan berjaya untuk menstabilkan arwah ketika di padang dan beliau berada dalam kembali sedar sebelum di bawa ke HSB

"Namun keadaan arwah merosot ketika diberikan rawatan dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya.

Perlawanan itu dilaporkan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram