Digelar Lukaku Malaysia, penyerang baka Cameroon Penang berpotensi jadi prospek bernilai


  • Podium
  • Selasa, 02 Apr 2024

Aksi Saffy Zikry (berjersi nombor 9) ketika aksi persahabatan menentang KDA FC. — Facebook/KDAFC

PERLAWANAN persahabatan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC baru-baru ini tidak memihak Penang FC Bawah-23 (B-23) tahun, namun persembahan pemain muda Harimau Kumbang wajar mendapat pujian.

Pemain B-23 Penang memberi saingat sengit kepada barisan pemain berpengalaman Kedah sebelum skuad Hijau Kuning meraih keputusan 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Bukan itu sahaja, beberapa pemain muda Harimau Kumbang juga mencuri perhatian penyokong dengan salah seorang daripada mereka dilabel sebagai 'Lukaku Malaysia' dek fizikalnya yang mirip dengan penyerang Belgium berkenaan.

Pemain yang dimaksudkan ialah Saffy Zikry Ndongo iaitu prosek baharu yang ditandatangani skuad Utara tanah air itu pada awal tahun ini bagi memperkuatkan serangan skuad B-23 Penang.

BACA LAGI: Sang Kenari umum senjata baharu, fans pula luah kerisauan

dalam saffy

Saffy Zikry (kiri) sebelum ini beraksi bersama skuad remaja Melaka FC. — Facebook/PenangFC

BACA LAGI: Habib sebagai jeneral, Faiz Nasir ibarat ada 2 jantung jadi 'game changer' Kedah belasah Penang

Saffy Zikry yang sebelum ini berpengalaman bermain bersama skuad Projek FAM-MSN bagi saingan Piala MFL musim 2023 itu mempunyai darah campuran Malaysia dan Cameroon menerusi ayahnya.

Penyerang muda kelahiran Kuala Lumpur berkenaan difahamkan mempunyai ketinggian 1.92 meter dan fizikalnya itu memberi kelebihan untuk beraksi sebagai penyerang ataupun target man dalam pasukan.

Pemain berusia 19 tahun berkenaan dijangka dapat menjadi aset masa depan buat Malaysia jika barisan kejurulatihan Penang memberinya peluang untuk beraksi dalam saingan Piala MFL 2024/2025.

"Penang kena jaga elok-elok pemain ini, jangan biar membazir pula," kata penyokong Harimau Kumbang, Abdul Mushawwir.

"Team B-23 Penang mungkin akan menjadi pasukan pengubat luka penyokong Penang. Bagus budak ini main. Cara memecah benteng lawan sangat baik dan tersusun," tambah penyokong Penang, Kasaq Kahaq Ketegaq.

"Kalau Alif (Alif Ikmarlrizal) dipanggil skuad B-23 negara, jurulatih Akmal (Akmal Rizal) boleh cuba bagi dia main kesebelasan utama," kata penyokong Harimau Kumbang, Aweh Fairuz. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram