SUK Melaka meninggal dunia akibat serangan jantung


  • Primer
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Pemergian Zaidi pasti akan terkesan melihat kepada jasa dan sumbangannya buat negeri tersebut.

SETIAUSAHA Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Datuk Zaidi Johari meninggal dunia dipercayai selepas mengalami serangan jantung pada pagi Jumaat.

Allahyarham berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka kira-kira pukul 8.15 pagi.

Dalam satu kenyataan Pejabat SUK, Zaidi mengalami serangan jantung sewaktu berada di kediaman rasminya di Bukit Peringgit, Melaka sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka.

Bantuan pernafasan diberikan pasukan paramedik dan disahkan meninggal dunia sewaktu tiba di hospital.

BACA LAGI: Joseph Kurup meninggal dunia akibat kompilasi jantung

438979910_963655211991668_6059757655496427653_n

Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zaidi daripada Tan Sri Zuki Ali. Facebook/Tan Sri Zuki Ali

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan dan dibawa ke Masjid Al-Azim untuk disolatkan, seterusnya jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tebong, Alor Gajah selepas solat Jumaat untuk dikebumikan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan di laman Facebooknya mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

"Saya berasa amat dukacita di atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama kalangan orang beriman dan bertakwa.

"Dititipkan juga iringan doa semoga keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi ujian kehilangan orang tersayang serta dipermudahkan segala urusan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram