Anak MB Perlis, 4 individu lain dibebas dengan jaminan SPRM


  • Primer
  • Jumaat, 26 Apr 2024

Enam individu termasuk seorang lelaki yang merupakan anak kepada Menteri Besar Perlis ditahan pada Selasa kerana kesalahan membuat tuntutan palsu.

ANAK lelaki Menteri Besar Perlis dan empat lagi yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Kelima-lima yang ditahan bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bernilai RM600,000 itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dan dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

BACA LAGI: Kehilangan suami, hilang upaya jatuh tangga tinggi, waris dan pencarum terima manfaat bantuan PERKESO

SPRM pada Selasa lalu menahan enam suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pembangunan infrastruktur di seluruh Perlis sejak 2022.

Seorang lagi suspek sudah dibebaskan dengan jaminan pada Khamis.

Penahanan itu dibuat ketika mereka hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Perlis di Kangar, Perlis.

Kesemua suspek direman dua hari bermula Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat merompak, suspek tertiarap kena cekup polis depan pintu

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, manakala peguam suspek, Mohd Fadhly Yaacob memaklumkan SPRM bebas memanggil semula anak guamnya bagi melengkapkan siasatan jika perlu.

"Kesemua mereka telah dibebaskan...dengan jaminan SPRM," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram