IKATAN Demokratik Malaysia (Muda) Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Perkara itu diumumkan oleh Pemangku Ketua Muda, Amira Aisya Abd Aziz pada Jumaat.
Beliau berkata, keputusan itu dilakukan bagi membolehkan pengundi memberikan penilaian terhadap prestasi semasa Kerajaan Perpaduan setakat ini.
“PRK Kuala Kubu Bharu adalah satu lagi referendum kepada kepercayaan rakyat kepada kerajaan mahupun pembangkang.
"Setiap undi yang dibuang pada hari mengundi sama penting dengan undi pada pilihan raya umum," katanya menerusi ciapan di laman X.
MUDA-PSM MEMUTUSKAN UNTUK TIDAK BERTANDING DALAM PRK KUALA KUBU BHARU
Setelah siri-siri mesyuarat, pertemuan dan perbincangan antara pimpinan dan ahli parti, MUDA-PSM telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Bharu 2024.
Keputusan ini... pic.twitter.com/lFPbqCUrVu
— amiraaisya (@_amiraaisya) April 26, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat merompak, suspek tertiarap kena cekup polis depan pintu
Dalam pada itu, Amira berkata, semasa tempoh dua minggu berkempen, Muda dan PSM akan mengambil kesempatan untuk memahamkan rakyat dengan situasi politik dan perjuangan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan pada hari ini.
"Isu-isu penting seperti perumahan yang menekan B40, kos sara hidup yang tidak sepadan dengan gaji, kesihatan awam yang semakin sempit adalah antara fokus utama Muda-PSM dalam Kempen Rakyat.
"Itu fokus utama Muda-PSM dalam PRK Kuala Kubu Bharu," ujarnya.
Setakat ini, dua parti sudah meletakkan calon ialah Pakatan Harapan (PH) yang mempertaruhkan Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming iaitu Pang Sock Tao manakala Perikatan Nasional (PN) pula akan diwakili Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian bagi PRK Kuala Kubu Baru dengan penamaan calon awal masing-masing pada 27 April dan 7 Mei.
PRK tersebut itu dilakukan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong daripada DAP pada 21 Mac lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram