PN pertaruh anak tempatan, Khairul Azhari Saut calon di PRK Kuala Kubu Bharu


  • Politik
  • Khamis, 25 Apr 2024

Perikatan Nasional pasti mahu merampas kerusi DUN Kuala Kubu Bharu yang sebelum ini dimiliki Pakatan Harapan.

PERIKATAN Nasional (PN) menamakan Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengumumkannya pada Majlis Pengumuman Calon PRK Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dikosongkan selepas Lee Kee Hiong meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat barah Mac lalu.

BACA LAGI: Pakatan Harapan sedar ancaman 'tsunami hijau' menjelang PRN

2662717

Khairul menceburi bidang politik bersama Bersatu sejak 2016.

BACA LAGI: Kami tidak akan bekerjasama dengan Pakatan — Muhyiddin

Khairul akan berdepan calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao yang diumumkan bakal bertanding oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Rabu.

Hari penamaan calon bakal diadakan pada Sabtu sementara hari pengundian bakal diadakan pada 11 Mei.

PRK kali ini bakal menyaksikan seramai 40,226 yang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera serta kenalan dan seorang pengundi yang berada di luar negara. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram