ANAK kepada Menteri Besar Perlis merupakan antara enam individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 pada Rabu.
Media melaporkan, sumber berkata, turut direman ialah pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah sekitar pukul 8.45 pagi Rabu.
"Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.
BACA LAGI: Adakah benar dakwaan SPRM hanya siasat, tangkap 'ikan bilis' dan biarkan 'ikan jerung' terlepas?
Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan keenam-enam individu tersebut. — Astro AWANI
BACA LAGI: SPRM sudah siasat FAM sejak Rabu — Azam Baki
"Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan. Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis," katanya.
Sumber itu berkata, suspek ditahan sekitar pukul 7 hingga 8 pagi pada Selasa dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram