MB Perlis tahu anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat


  • Primer
  • Rabu, 24 Apr 2024

Shukri menyerahkan siasatan anaknya kepada pihak SPRM. — The Star

MENTERI Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengesahkan sudah mengetahui tentang penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi Rabu.

Namun, beliau menyerahkan siasatan penuh kepada SPRM.

"Saya sudah dimaklumkan mengenai berita itu oleh SPRM dan serahkan kepada budi bicara SPRM, itu sahaja buat masa ini," katanya ringkas pada Rabu.

BACA LAGI: Nahas helikopter Lumut: Bedah siasat 10 mangsa selesai, penghormatan terakhir di kampung halaman masing-masing

1422812

SPRM menahan enam lelaki termasuk anak lelaki Menteri Besar Perlis. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Senarai lengkap identiti 10 perwira korban nahas helikopter TLDM

Terdahulu, SPRM menahan reman enam lelaki termasuk anak seorang Menteri Besar bagi membantu siasatan berhubung berhubung pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta tiga kontraktor syarikat turut ditahan.

Kesemua suspek berusia antara 26 dan 37 tahun itu ditahan SPRM kira-kira pukul 7 pagi hingga 8 pagi Selasa.

Sementara itu, Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula Selasa hingga Khamis bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram