Tun Abdullah Badawi masuk IJN, kini dalam keadaan stabil


  • Massa
  • Khamis, 25 Apr 2024

Abdullah, 85, berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima negara itu dari 2003 hingga 2009.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur selepas mengalami masalah paru-paru pada Khamis.

Menantunya Khairy Jamaludin Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, Abdullah dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap pneumothorax secara tiba-tiba.

BACA LAGI: Tergesa-gesa mohon FSA2 KWSP nak pakai raya, jangan sampai tertipu khidmat i-Cagar di Facebook

“Dia masih dalam unit rawatan kritikal institut itu untuk dipantau doktor dan berada dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, dia dalam keadaan baik tetapi memerlukan rehat yang cukup.

"Saya mewakili keluarga menghargai doa dan ucapan selamat untuk beliau tetapi pihak institut telah menasihatkan supaya tiada pelawat dibenarkan pada masa ini," kata Khairy.

BACA LAGI: Dividen konvensional KWSP perlu 'dicuci', tegas pakar kewangan Islam

Abdullah, 85, yang juga dikenali sebagai Pak Lah berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima negara itu dari 2003 hingga 2009. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram