Tun M dibenarkan keluar lepas 53 hari di IJN


  • Massa
  • Isnin, 18 Mac 2024

Foto dikongsikan pejabat Tun M memaparkan beliau kelihatan ceria selepas dibenarkan keluar dari IJN pada Isnin.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas dirawat di pusat perubatan itu selama 53 hari.

Menurut kenyataan dikeluarkan pejabatnya, pemimpin berusia 98 tahun itu dibenarkan keluar dari IJN pada pukul 11.30 pagi Isnin.

BACA LAGI: Peniaga asal Kompleks PKNS perlu diberi keutamaan kekal imej ikonik Shah Alam — Azli Yusof

“Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari tahun ini untuk rawatan jangkitan dan untuk pemerhatian,” menurut satu kenyataan ringkas tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Dr Mahathir dilapor akan berehat selepas mendapat rawatan di IJN kerana jangkitan.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke pusat perubatan terbabit pada 26 Januari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan tak hirau 'nasib Melayu', ini penjelasan MBAS kes peniaga berkelahi dengan anggota di Dataran Alor Setar

Keadaan kesihatan Dr Mahathir didedahkan semasa prosiding kes saman fitnahnya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu.

Peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi, dalam permohonan untuk menangguhkan prosiding memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah dimasukkan ke IJN. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram