Joseph Kurup meninggal dunia akibat kompilasi jantung


  • Primer
  • Rabu, 17 Apr 2024

Joseph Kurup meninggal dunia pada usia 80 tahun.

BEKAS Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia di usia 80 tahun akibat komplikasi jantung.

Bekas Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Johson Tee mengesahkan, Joseph meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pukul 7 malam, Rabu.

Beliau berkata, kesihatan Joseph merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Joseph meninggalkan isteri, Puan Sri Melinda Mak Soak Fong dan enam orang anak.

Mendiang bersara daripada arena politik Januari tahun ini dan meletak jawatan sebagai Presiden PBRS sebelum digantikan anaknya, Datuk Arthur.

Veteran politik Sabah itu antara individu penting di sebalik pengasasan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Selepas pilihan raya negeri 1994, kerajaan PBS berakhir selepas beberapa siri pembelotan oleh pemimpin parti kepada PBRS, yang menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Sepanjang 40 tahun berkhidmat, beliau telah memegang banyak jawatan menteri, baik di peringkat negeri mahupun persekutuan. — The Star/ Sandra Sokial

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram