SPRM tidak beri tumpuan isu pentadbiran FAM, hanya siasat projek NTC


  • Primer
  • Khamis, 25 Apr 2024

Azam Baki menegaskan pihaknya tidak akan memberi tumpuan terhadap isu pentadbiran FAM seperti mana didesak orang ramai.

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan menumpukan penyiasatan terhadap isu pembinaan projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya yang bernilai RM25 juta melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Untuk makluman semua, sebenarnya pembiayaan datang sebanyak RM2.5 juta daripada pihak FIFA, bukan duit FAM.

"FAM cuma menjalankan perolehan melalui tender dan sebagainya, dan dikemukakan kembali kepada FIFA untuk pemilihan yang terakhir dan pihak FIFA bersetuju dengan syarikat yang berkaitan," katanya.

Menurutnya, isu tersebut bukan sahaja melibatkan FAM, malah FIFA juga kerana ia melibatkan duit mereka.

BACA LAGI: SPRM sudah siasat FAM sejak Rabu — Azam Baki

1452890

Hamidin didakwa menyalah guna kuasa sepanjang berada dalam tampuk pemerintahan FAM.

BACA LAGI: SPRM tidak beri tumpuan isu pentadbiran FAM, hanya siasat projek NTC

"Oleh itu, bagi memuaskan hati mereka yang membuat tohmahan isu ini, untuk adil kepada semua pihak maka kami siasat isu berkenaan," katanya.

Azam berkata SPRM tidak akan mengambil tindakan berhubung permasalahan pentadbiran yang berlaku di dalam badan induk bola sepak itu.

"Kami tidak akan ambil tindakan berhubung isu-isu pentadbiran sebagai contoh hal gaji, hal itu ini dan sebagainya.

"Kes ini, SPRM menganggap sebagai satu kes yang melibatkan kepentingan awam, maka kita telah melihat pada maklumat yang diberikan jadi kita tumpukan kepada satu isu saja," katanya.

Sebelum ini, FAM disiasat atas dakwaan terdapatnya isu salah guna kuasa dilakukan badan pentadbiran persatuan, termasuk ketirisan dana daripada presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin dan timbalan presiden, Datuk Noor Azman Rahman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram