Kami tidak akan bekerjasama dengan Pakatan — Muhyiddin


  • Primer
  • Selasa, 22 Nov 2022

Muhyiddin ketika sidang media di luar rumahnya di Bukit Damansara pada petang Selasa.

PERIKATAN Nasional menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata, adalah menjadi pendirian gabungan itu untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan perpaduan.

“Kami tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan PH dan itu adalah pendirian parti,” katanya dalam sidang media di luar rumahnya di Bukit Damansara pada petang Selasa.

Terdahulu, Muhyiddin menghadap Agong di Istana Negara bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan selepas empat hari berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Turut menghadap adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Harapan.

Anwar selepas menghadap Agong, berkata, tiada keputusan dicapai untuk melantik Perdana Menteri ke-10.

Agong dalam titahnya selepas pertemuan bersama kedua-dua pemimpin itu, meminta 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menghadap baginda pada Rabu bagi menyatakan pendirian tentang pilihan Perdana Menteri. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram