MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu, Selangor, Lee Kee Hiong meninggal dunia pada Khamis.
Amirudin berkata, Kee Hiong, telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama tiga penggal di Kuala Kubu Baharu sejak tahun 2013.
BACA LAGI: Caruman PERKESO tertunggak lebih 7 tahun, mahkamah arah majikan bayar 291 pekerja
Menurutnya, pemergian Ker Hiong adalah kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pasti dirasai terutamanya oleh penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili dan dibantu oleh mendiang sejak sebelum menjadi wakil rakyat.
"Sebentar tadi, saya menerima berita dukacita pemergian Adun Kuala Kubu Baharu dan saya, mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang serta seluruh sahabat dan anggota di dalam DAP yang kehilangan tokoh berpengalaman.
"Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik yang mencabar ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos 2023, Lee menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram