[VIDEO] Komponen enjin RM478 dibeli pada harga lebih RM400,000, pemimpin tentera terkedu disoal siasat di Kongres AS


  • Benua
  • Ahad, 21 Apr 2024

Mike menyoal siasat seorang pemimpin tentera berhubung jumlah 'melampau' yang dibelanjakan untuk barangan biasa termasuk alat sesendal. — Agensi

SETIAUSAHA Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), Frank Kendall berdepan detik cukup janggal di Dewan Kongres selepas beliau gagal untuk memberikan justifikasi terhadap perbelanjaan luar biasa dilakukan pasukan ketenteraan negara itu.

Pemimpin tentera itu disoal siasat oleh Ahli Kongres Florida, Mike Waltz berhubung jumlah 'melampau' yang dibelanjakan untuk barangan biasa termasuk alat sesendal.

Dalam persidangan di Dewan Kongres itu, Mike mendedahkan pasukan tentera AS mengeluarkan belanja setinggi $90,000 atau RM430,448 untuk satu paket sesendal berkenaan walaupun harga pasarannya hanyalah sekitar $100 atau RM478.

"Ini benar-benar menyebabkan negara kita tidak mampu berbelanja dengan sihat.

"Jumlah bayaran faedah ke atas hutang kita sahaja kini buat pertama kali dalam sejarah Amerika, melebihi keseluruhan belanjawan pertahanan," katanya.

BACA LAGI: Tiada pertukaran kerusi, calon PRK KKB dari parti penyandang — Tok Mat

WhatsApp Image 2024-04-21 at 7.56.13 PM (1)

Setiausaha Tentera Udara AS, Frank Kendall. — Agensi

BACA LAGI: PRK Kuala Kubu Bharu: Persaingan sengit rebut undi Melayu, pengundi India bakal jadi penentu

Mike memulakan sesi soal jawab bersama setiausaha Tentera Udara itu dengan mengangkat sepaket kecil sesendal, iaitu alat yang digunakan dalam peralatan elektrik.

'Ini, Tuan Setiausaha, adalah beg sesendal. Beg sesendal ini, dibuat oleh mesin yang tidak memerlukan diploma sekolah tinggi. Ia tidak memerlukan sebarang teknologi tinggi untuk mematuhi piawaian standard pihak berkuasa," ujarnya.

Sesendal merupakan komponen kecil yang digunakan di antara bahagian di dalam enjin untuk penyerapan getaran, sokongan putaran dan rintangan haba.

Mike menyifatkan kos dikeluarkan itu terlalu tinggi keranan Jabatan Pertahanan boleh mendapatkan kesemua alatan pada harga murah kerana ia boleh secara langsung daripada pengeluar.

Kenyataan dibuat oleh ahli kongres itu mencetuskan reaksi meluas orang ramai terhadap tentera selepas ia tersebar di media sosial, dengan rata-rata dariada merekia merasakan ia adalah 'agak gila bagaimana dana pembayar cukai digunakan untuk membeli pada harga sedemikian khususnya kepada industri pertahanan.

Isu itu dibangkitkan kerana perbelanjaan kerajaan AS tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan perbelanjaan ketenteraannya.

Pada ketika ini, negara itu mengeluarkan perbelanjaan melebihi $2.24 trilion atau RM10.72 trilion di seluruh dunia susulan konflik pencerobohan melibatkan Rusia di Ukraine. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram