SEBUAH perlumbaan kereta yang diadakan di Sri Lanka bertukar menjadi tragedi apabila kereta yang dipandu oleh pelumba terbabas sebelum menghentam penonton di tepi litar.
Dalam perlumbaan Fox Hill Supercross yang diadakan di Diyatalawa pada Ahad, tragedi tersebut telah mengorbankan tujuh nyawa sementara 21 yang lain cedera.
Perlumbaan yang diadakan di sebuah pekan yang terletak kem tentera itu telah membunuh empat pegawai perlumbaan, serta para penonton termasuk kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
Lima daripada mangsa tersebut maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan dekat hospital.
Suasana bertukar kecoh apabila kereta dipandu salah seorang pelumba merempuh ke arah penonton. — Agensi
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tua mabuk rempuh majlis hari jadi, 2 beradik maut
Menurut jurucakap polis, Nihal Talduwa, kemalangan itu berlaku selepas sebuah kereta yang dipandu oleh pelumba telah terbalik ketika sedang berluma.
Kata saksi pula, kejadian berlaku sebaik saja kereta dipandu pelumba cuba melakukan pusingan di selekoh litar tersebut.
"Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta terkeluar daripada kawasan perlumbaan," kata Talduwa.
Pegawai perlumbaan cuba untuk memperlahan kereta yang sedang berlumba dengan mengibarkan bendera kuning.
Namun begitu, ketika kereta sedang menderu laju, satu lagi kereta lain berwarna merah terkeluar daripada litar lalu merempuh penonton.
Lebih malang buat sekumpulan penonton itu apabila kereta merah tersebut merempuh kawasan litar yang tidak dipagarkan dengan apa-apa penghadang.
Siasatan penuh masih dilakukan oleh pihak polis dengan mereka telah menahan dua pemandu yang terlibat dalam perlumbaan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram