Semua mangsa bawah 40 tahun — Khaled Nordin


  • Primer
  • Selasa, 23 Apr 2024

Tangkap layar video memaparkan dua helikopter yang bertembung di udara sebelum satu daripadanya terhempas di kolam renang Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan kesemua mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa adalah berlainan pangkat, membabitkan ketua skuadron, pegawai dan lain-lain pangkat berusia 40 tahun ke bawah.

Beliau berkata demikian selepas menerima maklumat bahawa seramai 10 kru kedua-dua helikopter bertembung ketika raptai sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90.

Kementerian Pertahanan bagaimanapun dilaporkan belum menerima maklumat berhubung kemungkinan terdapat pegawai dan anggota lain yang cedera akibat serpihan helikopter tersebut.

BACA LAGI: Perajurit wanita dari Sarawak antara korban nahas helikopter berlanggar di udara di Lumut

439014664_815227100632934_1855073740607422605_n

Satu daripada helikopter tersebut yang terjatuh di tangga stadium TLDM Lumut.

Pada masa sama, Khaled memberitahu bahawa laporan interim berhubung insiden itu akan disediakan secepat mungkin.

Namun, beliau menjelaskan pihaknya tidak menetapkan sebarang had masa bagi proses penyediaan laporan berkenaan.

Dalam pada itu, Khaled berkata, pihak kementerian akan menilai semula ketetapan berhubung penganjuran sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

“Itu saya percaya akan dipertimbangkan kerana ia adalah program yang disusun oleh TLDM,” katanya.

BACA LAGI: Isteri keeper JDT kongsi salah seorang mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut ada tali persaudaraan

Khaled juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika kejadian.

Sementara itu, beliau turut meminta orang ramai tidak menularkan sebarang video berkaitan nahas terbabit sebagai menghormati sensitiviti, terutama keluarga mangsa, selain menasihati supaya tidak mengganggu siasatan kes berkenaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram