[VIDEO] Tak perlu 'try hard' guna orang putih suntik DNA baharu — Pemerhati


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Indonesia berjaya layak ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Australia dan Jordan dalam Kumpulan A Piala Asia B23.

"INDONESIA nampaknya sudah faham apa sebenarnya yang diperlukan dalam bola sepak."

Itulah pandangan pemerhati bola sepak, Renz Nazario menerusi satu pandangannya di Facebook apabila skuad nasional muda Sang Garuda berjaya melangkah ke pusingan suku akhir selepas mengutip enam mata dengan menewaskan Australia dan Jordan Bawah 23 tahun (B23).

Walaupun Indonesia bermula langkah kiri apabila tewas di tangan Qatar pada perlawanan pertama Piala Asia B23, anak-anak buah Shin Tae-yong berjaya bangkit menewaskan dua lawan yang lebih kuat iaitu Australia (1-0) dan Jordan (4-1) untuk mengesahkan kelayakan diri mereka ke pentas suku akhir.

Nazario berpendapat falsafah bola sepak tidak memerlukan 'orang putih' untuk membentuk identiti baharu, cukup sekadar menggunakan tenaga tempatan seperti Indonesia.

"Mereka faham 'fundamental art of football' yang dipanggil 'ball mastery'.

"Aku tak tahu bila anak-anak Indonesia ni dapat suntikan gaya bola sepak macam ini, tapi aku 'salute' dengan keberanian mereka ini.

"Percayalah, kau tak perlukan 'orang putih' pun nak 'try hard' suntik DNA baharu, pakai orang tempatan, anak bangsa sendiri pun mampu bawa perubahan, yang penting faham apa yang bola sepak itu perlukan," katanya dalam Facebook.

BACA LAGI: Stadium MBPJ berwajah baharu, fans sedih kontraktor buat kerja ala kadar

Indonesia

Kesebelasan utama Indonesia ketika menewaskan Jordan 4-1 pada Ahad.

Menurutnya, corak permainan Indonesia menunjukkan kematangan selepas berani memegang bola meskipun bertemu pasukan lawan yang lebih kuat.

"Perubahan besar Indonesia ini dari segi 'movement', posisi yang berdisiplin, eksploitasi ruang yang kosong, berani pegang bola, bertukar hantaran dengan 'first touch' yang tinggi, 'ball possession' yang kemas.

"Nak jadi macam ini kau kena anggap bola tu sebagai bahan permainan, 'do everything with the ball".

"Lantaklah 'politikus' (politik) mengalir dalam bola sepak ke apa, nak tak nak sistem dan cara permainan itu sebenarnya dapat mengubah sesebuah pasukan," jelasnya.

Tambahnya lagi, Indonesia semakin memahami permintaan penyokong dan mahu tradisi 'kroni' dalam bola sepak berpisah dengan sukan itu.

"Dan ya, Indonesia ke arah pembangunan bola sepak yang baik, mereka faham apa yang 'supporters' mereka nak, dan disiplin dalam 'football management'.

"Kudos, congrats and hats off garuda from Malaysia.

"Dan satu lagi, bola sepak kena berpisah dari tradisi 'kroni' walaupun sedang mengalir dalam bola sepak kampung sekali pun," luahnya.

BACA LAGI: 'Macam zaman Mat Don', Nafuzi Ball mula tuai hasil di bumi Darul Iman

Bola sepak Indonesia kini sedang meningkat naik apabila skuad senior mereka berjaya melangkah ke pusingan 16 Piala Asia dan kini pasukan muda berada dalam landasan yang tepat untuk melakar sejarah baharu.

Skuad muda Indonesia dibarisi pemain-pemain muda yang mempunyai pengalaman di pentas Asia dan Eropah seperti Justin Hubner (Cerezo Osaka), Pratama Arhan (Korea Selatan), Nathan Tjoe-A-On (SC Heerenveen), Ivar Jenner (FC Utrecht), Marselino Ferdinan (K.M.S.K. Deinze) dan Rafael Struick (ADO Den Haag).

Indonesia akan bertemu gergasi Asia iaitu Jepun atau Korea Selatan di pentas suku akhir Piala Asia B23 2024 pada 25 April nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram