Cara bersosial mungkin berubah jika kanak-kanak bawah 13 tahun tidak dibenarkan ada platform media sosial


  • Massa
  • Selasa, 23 Apr 2024

Kanak-kanak 13 tahun ke bawah dilarang untuk membuat akaun media sosial. — Gambar hiasan

PENGGUNAAN media sosial secara berlebihan tidak dinafikan dapat memberi kesan buruk terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Ia lebih membimbangkan apabila sembilan daripada 10 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan ketagih menonton media sosial yang sekali gus membantutkan pemikiran dan perkembangan mereka.

Kira-kira 7.6 kanak-kanak berusia 14 tahun dan ke bawah dianggarkan menghabiskan masa purata lapan jam sehari menggunakan internet.

BACA LAGI: MBPJ mahu tambah lagi 200 unit MyKiosk berkuasa solar bantu peniaga kecil

Screenshot (1189)

10 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan ketagih menonton media sosial. — Gambar hiasan

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan nisbah setiap 10 orang yang menggunakan internet, maka sembilan orang akan memiliki media sosial.

Siraj turut menggesa pihak kerajaan melihat isu penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak serta menjadikannya sebagai antara keutamaan penelitian kerajaan susulan kebanyakan kandungannya dibimbangi boleh mengancam pola pemikiran generasi muda.

Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kemudiannya memberi peringatan kepada ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka terutamanya yang berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum ini berkata, ia selepas MCMC mendapati bahawa kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana platform media sosial.

Katanya, kebanyakan syarat platform media sosial seperti TikTok, Facebook atau Instagram juga tidak membenarkan golongan tersebut memiliki akaun media sosial.

BACA LAGI: Rayuan isu pagar palang ditolak Mahkamah Persekutuan: Datuk Bandar MBPJ enggan komen

2508122

Fahmi Fadzil yang mengumumkan larangan itu.

Fahmi juga ada menyatakan bahawa jika MCMC tidak teragak-agak untuk menutup akaun yang dimiliki golongan kanak-kanak itu sekiranya didapati aktif di media sosial.

Bagaimanapun, di sebalik gesaan kerajaan itu, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya ia diaplikasikan sepenuhnya terhadap mereka.

Larangan tersebut tidak mustahil akan menyebabkan perubahan kepada sistem pembelajaran khususnya kepada murid sekolah rendah.

Murid generasi kini sememangnya sudah diterapkan dengan cara belajar secara dalam talian meskipun ia tidak menggunakan media sosial sebagai cara utama.

Ia mula berlaku sejak penularan wabak Covid-19 yang memerlukan murid untuk belajar dari rumah sahaja.

Pihak sekolah pula berkemungkinan tidak boleh menggunakan media sosial sebagai platform untuk murid melaksanakan tugas seperti memuat naik kerja sekolah di Facebook mahupun YouTube.

Teacher, Leong Wai Ting teaching her students by using IT gadgets at a classroom.AZHAR MAHFOF/The Star (1/8/2018)

Sistem pembelajaran murid sekolah rendah mungkin akan berubah. — Gambar hiasan

Selain itu, pelaksanaan kawalan berkenaan turut boleh mendorong kepada perubahan cara kanak-kanak bersosial dan berkomunikasi.

Jika dilihat sekarang, kebanyakan mereka cenderung bersosial secara maya bersama rakan-rakan yang tidak dikenali.

Bukan itu sahaja, pengurangan bergaul dalam media sosial mungkin dapat mengasah kemahiran komunikasi dua hala dengan lebih efektif.

Langkah pendekatan MCMC itu tanpa sedar juga berkemungkinan dapat melonjakkan lagi penggunaan media cetak seperti surat khabar atau buku untuk pembelajaran kanak-kanak.

Dengan kemajuan teknologi kini, segala maklumat boleh dicari dengan mudah iaitu menggunakan satu klik sahaja.

Namun, keputusan kerajaan untuk membendung masalah berbangkit itu dilihat bakal menjadi satu titik perubahan kepada penggunaan platform itu terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram