MBPJ mahu tambah lagi 200 unit MyKiosk berkuasa solar bantu peniaga kecil


  • Primer
  • Isnin, 22 Apr 2024

Anatara kiosk diberi MBPJ kepada peniaga kecil di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. — Facebook

PEMBERIAN unit MyKiosk daripada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini diperluaskan bagi membantu para peniaga dan usahawan kecil tempatan di seluruh negeri.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook N Azlin Sha, setiap peniaga yang terpilih untuk menerima kiosk tersebut hanya perlu membayar sewa sebanyak RM130 sebulan.

BACA LAGI: Rayuan isu pagar palang ditolak Mahkamah Persekutuan: Datuk Bandar MBPJ enggan komen

436517832_10160748282924331_3064957106345449733_n

Tenaga solar yang digunakan di kiosk tersebut. — Facebook

Lebih menarik apabila kiosk itu tidak memerlukan mereka untuk membayar bil elektrik kerana ia menggunakan sistem tenaga solar.

"Melawat kedai sahabat peniaga Petaling Jaya night car boot sale baru dapat kios daripada MBPJ.

"Kiosk ni menarik sebab boleh buka ikut masa sendiri. Siang boleh, malam boleh, 24 jam pun boleh," tulisnya.

Sementara itu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata, MBPJ pada 2023 menerima sebanyak 30 unit kiosk daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diletakkan di beberapa lokasi strategik.

Mohamad Zahri berkata, MBPJ juga kini sedang meminta 200 lagi unit kiosk KPKT yang akan diberi nama MyKiosk 2.0 sebagai penambahbaikan kepada yang pertama.

"Pihak kami pun sudah kenal pasti beberapa tempat dan peniaga yang terlibat akan menjalani sesi temu duga bagi kelayakan mereka untuk mendapatkan kiosk tersebut.

"Kiosk itu juga memang menggunakan tenaga solar dan sekarang sedang dalam proses untuk menyiapkan kesemua kiosk," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Karnival Kitar Semula bersama Komuniti Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

BACA LAGI: Suspek tembak KLIA akui masih sayangkan Farah Cie

Johor housing and local government committee chairman Datuk Mohd Jafni Md Shukor (centre) being briefed about the initiative.

Unit MyKiosk juga diberikan kepada peniaga kecil di beberapa negeri lain. — The Star

Terhadulu, KPKT telah meluluskan sebanyak 3,073 unit MyKiosk dengan manfaat kadar sewa rendah iaitu tidak melebihi RM300 sebulan dan dijangkakan siap sepenuhnya pada 2023.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kos anggaran seunit kiosk antara RM15,000 hingga RM20,000 termasuk disediakan panel solar itu dibina bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan terutama golongan B40 dalam menjana dan meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Zamri memberitahu bahawa penggunaan sistem pengurusan aduan awam (SISPAA) MBPJ yang sudah dilancarkan sejak 1 Mac lalu akan diwar-warkan dengan lebih terperinci bagi individu yang masih tidak mengetahu tentang perkara itu.

Katanya, setakat ini, MBPJ banyak menerima aduan berhubung tanah runtuh, pokok tumbang selain kutipan sampah dan anjing liar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram