[VIDEO] Lepas 3 hari diburu, Rider Ysuku ragut wanita sampai tergolek atas jalan di Klang akhirnya dicekup di Langkawi


  • 112
  • Isnin, 22 Apr 2024

Syafi'ei (kiri) ditahan selepas tiga hari diburu pihak polis atas jenayah ragut dilakukannya pada Jumaat lalu.

BARU-BARU ini, tular satu kejadian ragut di Klang, Selangor melibatkan dua penunggang motosikal sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Berdasarkan satu rakaman kamera papan kemuka kenderaan (dashcam), suspek menunggang Yamaha Y-15 kelihatan menghampiri mangsa yang membawa beg silang.

Dia kemudiannya merampas beg itu yang menyaksikan mangsa menunggang Yamaha LC jatuh sebelum berguling beberapa kali di atas jalan raya.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, mangsa difahamkan mengalami kecederaan di tangan dan beberapa anggota lain, namun sudah menerima rawatan di hospital.

BACA LAGI: Guru korban ketiga kemalangan ragut nyawa pasangan suami isteri di Gerik

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 10 tahun dirakam tersenyum depan kek 'beracun' ragut nyawa semasa sambutan hari jadi

Selain itu, mangsa turut mengalami kerugian sehingga RM3,000 dengan beberapa barangan peribadi lesap dalam kejadian tersebut, termasuk telefon pintar.

Insiden itu menerima perhatian pihak polis yang memburu suspek dikenal pasti sebagai Muhammad Syafi'ei Hasan atas kesalahan mencederakan orang lain ketika meragut.

Dalam satu perkembangan baharu, individu berusia 24 tahun itu difahamkan sudah ditahan pada Ahad, menurut satu ciapan di akaun UpdateInfo.

Perkhabaran tersebut pasti membawa kelegaan buat orang ramai yang mahu suspek diberikan hukuman setimpal atas jenayah dilakukan itu.

Penangkapan itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong yang mengatakan suspek ditahan di Medan Selera Penarak, Kuah, Langkawi, Kedah pada Ahad.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod dadah. Pihak polis merampas beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram