Seorang parah, 2 cedera akibat letupan gas nitrogen di Kota Kemuning


  • 112
  • Isnin, 22 Apr 2024

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang dekat Kota Kemuning.

TIGA pekerja cedera termasuk seorang daripadanya parah ekoran insiden letupan gas nitrogen di sebuah kilang di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.14 pagi Isnin.

“Kami mengerahkan 12 anggota dan sebuah jentera bomba serta sebuah kenderaan perkhidmatan penyelamat perubatan kecemasan ke tempat kejadian untuk menyiasat lanjut,” katanya menurut kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Gadis bawah umur hilang bersama teman lelaki, tidak pulang rumah lepas minta izin mandi di Bukit Merah

Anggota unit HAZMAT sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian letupan gas di sebuah kilang dekat Kota Kemuning pada Isnin.

Anggota unit Hazmat sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian letupan gas di sebuah kilang berkenaan.

BACA LAGI: 'Dia mahu buat kejutan anniversary', ibu rayu bantuan orang ramai cari anak hilang sejak 12 Mac lalu

Beliau berkata, semakan mendapati letupan itu melibatkan gas nitrogen dan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk menyiasat lebih lanjut.

“Seorang lelaki berusia 35 tahun cedera parah manakala dua lagi berusia 32 dan 64 tahun dalam keadaan separuh sedar berikutan letupan itu.

“Pemeriksaan kami mendapati struktur kilang tidak terjejas akibat letupan itu,” katanya sambil menambah ketiga-tiga mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan perubatan.

Setakat dilaporkan, Ahmad Mukhlis menyatakan bahawa punca kejadian masih dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram