[VIDEO] Tentera simpanan Israel terima padah ketika cuba cabut bendera Palestin


  • Benua
  • Ahad, 21 Apr 2024

Seorang tentera Israel cedera ringan akibat terkena serpihan letupan bom yang diubah suai di Samaria pada pagi Ahad. — Agensi

SEORANG lelaki warga Israel mengalami kecederaan parah akibat terkena serpihan letupan bom yang diubah suai ketika cuba mencabut bendera Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berhampiran Kochav HaShahar di wilayah Binyamin di Samaria pada pagi Ahad.

Difahamkan, pendatang haram Yahudi berusia 25 tahun merupakan anggota simpanan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang sedang bercuti.

Berdasarkan video berdurasi 26 saat yang dimuat naik di laman X (Twitter) pada Ahad, mangsa dirakam berjalan ke arah kawasan lapang dan cuba mencabut bendera Palestin yang dipasang di tepi Laluan 458 sebelum bom itu meletup secara tiba-tiba.

BACA LAGI: AS minta Iran benarkan Israel serang balas demi jaga maruah — Sumber

BACA LAGI: [VIDEO] Amerika Syarikat rancang lancar serangan balas terhadap tentera Houthi

Pakar perubatan memberi rawatan kepada mangsa di tempat kejadian kerana dia enggan dipindahkan ke hospital untuk ujian dan rawatan susulan.

IDF dilaporkan dalam usaha mencari suspek yang disyaki masih berada di kawasan sekitar.

Sebelum ini, tentera IDF menggagalkan serangan Palestin berhampiran Hebron di Judea, yang menyaksikan dua rakyat Palestin terbunuh berhampiran persimpangan Beit Einun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram