Tema 'Wanita Dijulang, Negara Gemilang' jadi aspek perjuangan PERKESO


  • Massa
  • Isnin, 22 Apr 2024

Terdapat skim perlindungan khas PERKESO yang memberi pelbagai faedah khas untuk golongan wanita. — Gambar hiasan

PADA Mac lalu, seramai 12,500 pekerja wanita di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) termasuk semua jabatan dan agensi menerima skim istimewa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Melihat jurang besar antara wanita dan lelaki terutamanya dalam aspek memacu kemajuan negara, PERKESO mengambil langkah memperkasa jaminan kebajikan bagi golongan tersebut.

Ia kerana, perangkaraan lanjut dikemukakan Bank Dunia mencetuskan kebimbangan apabila sekitar 55.5 peratus daripada wanita di Malaysia yang mempunyai kerjaya didapati tidak berada dalam tenaga kerja aktif.

BACA LAGI: Sediakan payung sebelum hujan, golongan OB diutamakan melalui skim perlindungan PERKESO

photo1713699202

Kebanyakan golongan hawa didapati tidak berada dalam tenaga kerja aktif. — Gambar hiasan

Lebih mengejutkan apabila dianggarkan tiga juta wanita di negara ini dikesan ‘hilang’ daripada arus tenaga kerja kerana menggalas tugas sebagai suri rumah sepenuh masa.

Selari dengan tema ‘Wanita Dijulang, Negara Gemilang’, PERKESO menyokong aspirasi untuk melihat golongan Hawa berupaya menjana pendapatan sekitar RM54 bilion setahun menjadi kenyataan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, terdapat dua aspek yang menjadi perjuangan PERKESO.

Mohammed Azman berkata, dua aspek itu termasuk pengukuhan jaringan perlindungan sosial dan menyeimbangkan bebanan dalam sektor ekonomi ihsan.

Justeru, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) diwujudkan PERKESO sejak Disember 2022 yang kini giat dihebah dan ditambah baik.

"Ia demi menampan suri rumah daripada risiko terjerumus ke kancah kemiskinan akibat menanggung beban kewangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya," katanya.

BACA LAGI: Lebih 350 rakan strategik PERKESO sertai gagasan Program Social Synergy

msg1050426791-30717

Hak wanita juga diambil kira dalam memacu negara maju. — Gambar hiasan

Selain itu, PERKESO juga mahu menggalakkan suri rumah untuk kembali bekerja dalam apa jua bidang yang sesuai.

"Dengan penyediaan faedah bagi menampung kos penjagaan anak yang dijangka berupaya diwujudkan menerusi

pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) serta pendekatan no wrong door policy, saya yakin martabat wanita mampu dilonjak ke aras tertinggi," jelasnya.

Sebelum ini, PERKESO giat menjalankan kempen Membawa Senyuman bertujuan menyantuni masyarakat dan menawarkan pelbagai skim perlindungan termasuk kepada golongan suri rumah.

Memperkasakan hak wanita turut menjadi aspirasi utama dalam menjayakan kempen tersebut.

Orang ramai boleh memuat turun e-newsletter PERKESO dengan melayari laman web https://www.perkeso.gov.my/e-newsletter.html bagi mengetahui perkembangan kempen terkini agensi itu yang menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan pencarum. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram