Lebih 10,000 peminat saksi edisi pertama Jelajah Suria Anggun Cotton Collection


  • Hiburan
  • Selasa, 07 Mac 2023

Dianggarkan lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection edisi pertama yang melabuhkan tirai pada

JELAJAH Suria Anggun Cotton Collection edisi pertama akhirnya melabuhkan tirai di pusat beli-belah Tropicana Gardens, Petaling Jaya dengan lebih 10,000 pengunjung hadir memberi sokongan.

Beberapa nama popular membuat persembahan pada konsert tersebut antaranya, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Newboyz, Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos, Dolla, Hasif Venus, Airliftz, Amsyar Lee dan Aufahanie.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin, berkata, sambutan yang menggalakkan itu menjadi kekuatan buat mereka untuk memberikan persembahan yang lebih baik untuk edisi akan datang,

“Alhamdulillah, Jelajah Suria sesi pertama bagi empat lokasi selamat disempurnakan dengan sambutan luar biasa daripada peminat Suria FM yang lama dan baru kerana memeriahkan acara.

“Terima kasih juga kepada penaja utama, Anggun Cotton Collection, penaja bersama, AC Gas serta Smart Selangor juga penaja lokasi Tropicana Gardens Mall di atas kerjasama baik yang diberikan bagi siri Jelajah Suria pada kali ini.

majoriti2023 (43)

Newboyz dan Misha Omar antara penyanyi yang membuat persembahan.

“Saya mewakili Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir kerana sudi meluangkan masa serta sanggup merentas kesesakan lalu lintas dari seluruh negeri sekali gus menjadi inspirasi buat kami untuk terus melakukan yang terbaik buat pendengar yang kami sayangi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Dj Lin, cabutan bertuah motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000 di lokasi akhir ini telah dimenangi oleh Azmi, pendengar setia yang tidak mengenal erti penat dalam menyokong semua aktiviti Suria FM sejak awal penubuhan sehingga kini.

“Kami sangat tersentuh hati dan gembira apabila pendengar Suria FM yang datang daripada pelbagai latar belakang dan kisah hidup berbeza,” jelasnya.

Dalam pada itu, sepanjang konsert berlangsung pengunjung juga tidak melepaskan peluang memenangi wang tunai lebih RM 10,000 menerusi aktiviti pentas bersama Anggun Cotton Collection, AC Gas dan Smart Selangor.

majoriti2023 (44)

Persembahan daripada Kumpulan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang turut memeriahkan majlis.

Acara diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Kumpulan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan menampilkan kelainan menerusi Tarian Silat dan Gamelan Fusion.

Dalam pada itu, DJ Lin turut memberitahu mengenai mengajak pendengar untuk sarapan pagi dan makan tengah hari bersama penyampai Suria FM segmen Morning-Morning Suria iaitu Ajak, Shuib dan Suraya.

“Bagi mengekalkan kemeriahan jelajah, Suria FM bersama barisan penyampai Morning- Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya akan kembali turun padang temui para peminat bagi siri kedua Morning Morning Suria Belanja Makan di sekitar Lembah Klang pada 11 Mac (Sabtu) dan 12 Mac 2023 (Ahad) bertempat di beberapa lokasi seperti di Warung Soto Kedai Basikal, Rantau Panjang, Klang dan seterusnya makan tengah hari di Dapur Che Lah, Shah Alam.

"Keesokan harinya, pada Ahad pendengar berpeluang bersarapan bersama Ajak, Shuib dan Suraya di Sate 7 Pagi, Seri Kembangan kemudian makan tengah hari di Asam Pedas London, Selayang bermula pukul 12 tengah hari hingga 3.00 petang. Buat para peminat Suria FM, semua dijemput hadir dan jom beramah mesra bersama penyampai kesayangan anda”, ujar DJ Lin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram