Ketua perisikan Israel letak jawatan, akui gagal sekat serangan Hamas pada 7 Oktober


  • Benua
  • Isnin, 22 Apr 2024

KETUA Perisikan Ketenteraan Israel, Mejar Jeneral Aharon Haliva telah meletakkan jawatannya daripada posisi tersebut pada Isnin.

Perletakkan jawatan Haliva daripada posisi tersebut telah disahkan oleh Pasukan Tentera Israel (IDF) selepas dia mengakui gagal menghalang serangan oleh pejuang Palestin pada 7 Oktober 2023.

Laporan daripada media antarabangsa mendedahkan yang Haliva dan pasukan dibawah kendaliannya telah gagal untuk memenuhi tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki sanggup rentas sempadan naik teksi, tikam kekasih Facebook sampai mati lepas tahu dah ada 2 anak

WhatsApp-Image-2022-09-13-at-10.30.22

Haliva mengatakan serangan pejuang Palestin pada 7 Oktober itu ibarat mimpi ngeri buatnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman 'jutawan Dubai' selamatkan kenderaan masing-masing ketika musibah rupa-rupanya AI

Malah, Haliva secara terbuka bertanggungjawab atas kegagalan yang berlaku dan bertanggungjawab terhadap kekurangan dari segi kecekapan pasukan perisikannya melakukan tugas.

Dalam masa yang sama, Haliva turut mengatakan ia ibarat sebuah mimpi ngeri buatnya selepas gagal mengesan serangan dari pihak Palestin pada 7 Oktober itu.

Sejak dari itu, peperangan terus tercetus dan telah meragut banyak nyawa tentera Israel. Haliva mengakui yang dia tidak berjaya memberikan amaran kepada kerajaan serta tentera rejim Zionis mengenai bahaya yang datang ke arah mereka.

Perletakkan jawatan Haliva disusuli dengan keputusan Pasukan Tentera Israel menamakan pengganti namun identitinya tidak didedahkan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram