[VIDEO] Rakaman 'jutawan Dubai' selamatkan kenderaan masing-masing ketika musibah rupa-rupanya AI


  • Tular
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Tangkap layar video tular dijana AI yang memaparkan beberapa bot ringan membawa kereta mewah seolah-olah mengharungi banjir di Dubai.

PADA Rabu lalu, bandar raya Dubai di Emiriah Arab Bersatu dikejutkan dengan bencana banjir besar ekoran hujan lebat luar biasa yang melanda negara itu.

Kejadian tersebut merupakan bencana banjir terburuk pernah dialami bandar besar tersebut sejak 1999.

Jumlah hujan yang turun pada Rabu itu dilaporkan paling teruk pernah melanda negara Teluk itu dalam tempoh sejak 75 tahun lalu.

Pada masa sama, kesemua aktiviti ekonomi dan harian penduduk di bandar tersebut juga terganggu apabila air turut menaiki jalan, kediaman dan premis perniagaan.

Tidak cukup dengan itu, banjir berkenaan juga menyebabkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi

2646777

Banjir besar itu turut menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Empat penunggang motor maut, seorang putus kaki disyaki berlumba haram di Kelantan

Dalam pada itu, beberapa video mengenai insiden tersebut turut tular di media sosial menyaksikan situasi yang dihadapi penduduk di bandar raya tersebut.

Antara yang menarik perhatian tentunya sebuah klip memaparkan beberapa bot ringan yang membawa pelbagai kereta mewah bagi mengharungi kawasan banjir.

Kereta itu dikatakan merupakan milik kepada hartawan di bandar tersebut yang merupakan antara bandar terkaya di dunia.

"Hanya di Dubai. Duit minyak adalah sesuatu yang berbeza," tulis seorang pengguna Twitter yang memuat naik video berkenaan.

Bagaimanapun, video berkenaan rupa-rupanya dikenal pasti sebagai tidak sahih kerana ia dijana oleh kecerdasan buatan atau AI.

Perkara itu turut disahkan oleh platform X menerusi Nota Komuniti di hantaran berkenaan.

Menurut pakar iklim, punca utama kejadian cuaca ekstrem yang melanda Dubai itu adalah akibat daripada pemanasan global. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram