AGENSI media antarabangsa melaporkan berlakunya beberapa siri bunyi letupan sekitar Isfahan, Iran dengan ia dipercayai berpunca daripada serangan udara tentera Zionis.
Menurut laporan terkini, bunyi kuat itu terhasil apabila sistem pertahanan Iran memintas misil dan dron negara haram Israel yang dilancarkan pada Jumaat.
Bagaimanapun, setakat ini, kerajaan Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap insiden tersebut dengan mereka masih belum enggan bertanggungjawab atas serangan terbabit.
Agensi media Iran, IRNA berkata, sistem pertahanan mereka bertukar aktif di beberapa negeri, namun punca di sebaliknya masih belum dikenal pasti.
BACA LAGI: Tentera udara Israel sudah bersedia, mungkin lancar serang balas Iran
BACA LAGI: Israel serang Iran dalam tempoh 5 hari lagi, sasar kemudahan nuklear
Namun, melihat kepada status Isfahan sebagai kem utama tentera negara itu, terdapat kemungkinan terdapatnya serangan awal dibuat rejim Zionis.
Sebelum ini, Iran melancarkan beberapa siri serangan udara menggunakan misil dan dron ke atas negara haram Israel atas konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah.
Tetapi, serangan berskala besar tersebut tidak membawa sebarang kesan terhadap orang awam kerana ia disasarkan terhadap kem ketenteraan Israel. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram