[VIDEO] Lelaki sanggup rentas sempadan naik teksi, tikam kekasih Facebook sampai mati lepas tahu dah ada 2 anak


  • Benua
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan pergelutan berlaku sebelum mangsa maut ditikam beberapa kali di rumahnya di Kemboja pada Jumaat.

SEORANG wanita maut selepas ditikam beberapa kali oleh kenalan lelaki yang dipercayai cemburu dalam kejadian di rumahnya di Prek Chik, Tbong Khmum, Kemboja pada Jumaat.

Suspek, Lim Kineth, 25, turut dilaporkan cuba membunuh diri selepas menikam mangsa, Meas Leakena yang berusia 24 tahun. Bagaimanapun tindakan bodohnya itu tidak berjaya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Lim dilihat memecah masuk rumah Meas dengan memanjat pagar dan terus menikam mangsa berkali-kali.

BACA LAGI: Chong Wei dan keluarga terkandas di Paris, penerbangan lewat akibat Dubai banjir

photo_6134402365135108986_x

Suspek yang menikam dirinya sendiri selepas membunuh mangsa.

BACA LAGI: Rakaman 'jutawan Dubai' selamatkan kenderaan masing-masing ketika musibah rupa-rupanya AI

Situasi tegang itu mencetuskan pergelutan antara mereka berdua sebelum Meas rebah di lantai dengan badannya yang berlumuran darah.

Pada masa sama, kelihatan Lim membuka baju putih yang dipakainya dan bertindak menikam badannya menggunakan pisau sama.

Polis berkata, suspek mengaku menjalin hubungan lebih dua tahun dengan Meas tetapi tidak pernah bersua muka dengan hubungan itu terjalin hanya melalui Facebook.

Menurut polis, Lim tidak tahu mangsa sudah mempunyai suami dan anak sebelum kejadian, malah perkara itu juga tidak pernah dimaklumkan oleh mangsa.

Situasi hubungan mereka dikatakan bertambah buruk apabila Lim dipercayai sanggup mengirim duit kepada mangsa.

"Suspek mencari alamat rumah mangsa dan memang merancang untuk membunuhnya.

"Dia marah selepas mendapat tahu Meas sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Dia rasa kepercayaan yang diberikan sudah dikhianati," katanya.

Menurutnya lagi, suspek yang tiba di Kemboja dari Thailand sanggup menyewa teksi untuk ke rumah mangsa.

Namun, polis berkata, punca sebenar tidak dapat diketahui sepenuhnya kerana ia diceritakan daripada satu pihak sahaja. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram