SEKURANG-KURANGNYA empat penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kilometer (KM) 14, arah Ketereh menghala Kota Bharu, Kelantan pada awal pagi Selasa.
Berdasarkan informasi awal yang dikongsikan orang awam, sebanyak sembilan motosikal dan dua buah kereta terlibat dalam kemalangan itu.
Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa itu, kelihatan beberapa mangsa terbaring di tengah jalan bersama motosikal yang rosak akibat pelanggaran tersebut.
BACA LAGI: Tembakan KLIA: Suspek direman seminggu bermula Selasa
BACA LAGI: Ramai masih percaya Kelantan tetap akan tenggelam seperti Jakarta
Seorang daripada mangsa juga dikatakan cedera parah dan putus kaki.
Kesemua mangsa bagaimanapun sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk siasatan lanjut.
Mangsa juga dikatakan berlumba motosikal sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
Namun, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung nahas itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram