[VIDEO] Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ditenggelami air, terburuk sejak 1999


  • Benua
  • Rabu, 17 Apr 2024

Banjir besar telah menimpa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. — Agensi

SITUASI menggerunkan apabila berlakunya banjir besar yang menimpa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) di Emiriah Arab Bersatu pada Rabu.

Dalam sebuah rakaman yang tular di laman X (Twitter), ia menyaksikan banjir besar telah berlaku dengan ia telah menganggu operasi harian lapangan terbang tersebut terutamanya dalam urusan menerima ketibaan pesawat.

Rakaman tersebut menunjukkan pesawat yang telah tiba di lapangan terbang tersebut terpaksa berdepan dengan air banjir yang tinggi. Pihak lapangan terbang juga terpaksa mengalihkan semua pesawat yang tiba ke tempat lain sehingga keadaan banjir kembali pulih.

BACA LAGI: [VIDEO] Keluar dengan bini orang punca lelaki kena belasah 3 individu di Sibu

BACA LAGI: [VIDEO] Empat penunggang motor maut, seorang putus kaki disyaki berlumba haram di Kelantan

Disebabkan banjir yang berlaku, segala operasi di DXB terpaksa ditangguhkan selama 25 minit. Penerbangan kembali dilakukan selepas dua jam ia tertangguh di lapangan terbang tersebut.

Bencana banjir ini merupakan yang terburuk menimpa Dubai sejak 1999. Selain DXB, kawasan-kawasan lain di bandar tersebut turut terganggu dengan situasi buruk itu.

Selain UAE, beberapa negara di kawasan Teluk juga turut mengalami situasi banjir besar serta telah meragut nyawa.

Di kala banjir di UAE masih belum mengorbankan mana-mana nyawa rakyatnya, namun situasi berbeza berlaku dekat Oman apabila terdapat 18 orang telah meninggal dunia akibat bencana itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram