KPB digesa siasat insiden bakar beras di Pahang — Mat Sabu


  • Primer
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Longgokan beras yang dipercayai dibuang dan dibakar di sebuah kawasan pelupusan sampah di Pahang baru-baru ini. — Facebook

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggesa agar pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang menjalankan siasatan berhubung isu membakar beras baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohammad Sabu berkata, siasatan itu dibuat selepas tularnya sebuah video memaparkan timbunan beras dan beberapa makanan lain yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang.

"Kenyataan rasmi berkaitan insiden itu akan dikeluarkan dengan segera," katanya dalam satu hantaran di Twitter (X) pada Khamis.

BACA LAGI: Rosak sebab banjir atau sorok sampai luput? Lambakan pek beras terbuang di Pahang bangkit persoalan

438858989_417935374206682_7650023570138926729_n

Beberapa timbunan tin sardin juga dibakar. — Facebook

BACA LAGI: Kapal maritim terbakar, hanyut sebelum diselamatkan MPA Singapura

Terdahulu, video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dan persoalan terhadap orang ramai memandangkan negara sejak awal tahun lalu berdepan dengan masalah kekurangan bekalan beras tempatan.

Bukan itu sahaja, pelbagai teori wujud dalam kalangan warga maya berhubung kes itu termasuk yang mendakwa pek beras berkenaan merupakan beras yang disorok sehingga rosak dan melepasi tarikh luput.

Tidak terkecuali ada juga yang mendakwa bahawa kejadian itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Namun, sehingga kini, belum ada kenyataan dikeluarkan mana-mana ahli politik dikatakan mahupun syarikat beras terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram